TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

Benarkah Cinta Itu Indah Tapi Menyakitkan

Benarkah cinta itu indah? Bolehkah sepasang kekasih menghadapi rintangan sepanjang bergelar ?kekasih? tanpa sebarang permasalahan. Cinta itu memang indah bagi orang yang benar-benar menghayati apa itu cinta dan betapa pentingnya cinta itu dalam hidup mereka. Namun bagi kamu yang sering menghadapi masalah dalam percintaannya tak akan merasa betapa indahnya cinta dan tanpa pengetahuan kamu, kamu sedang merosakkan sesuatu perhubungan yang terjalin antara dua insan itu. Setiap insan berpeluang untuk menyintai atau dicintai oleh seseorang tetapi tidak semua yang benar-benar tahu bagaimana untuk menghargai pasangan mereka.

Jika kita benar-benar sayangkan seseorang dan tak ingin untuk berpisah dengan orang yang kita sayang, hargai dan sayangilah si dia sebaiknya dan sentiasa bertolak ansur dengan si dia. Sesetengah orang menyatakan keinginan mereka tidak ingin berpisah dengan si dia tetapi menunjukkan sikap yang membuatkan si dia berasa tersisih atau si dia merasa tidak di hargai lagi, ini akan menyebabkan perhubungan menjadi renggang dan akhirnya berpisah. Pada masa itu, kedua-dua pasangan akan merasai betapa peritnya perpisahan yang kamu sedang lalui. Ketika itu, barulah kamu akan rasa menyesal kerana tidak menghargai si dia. Bak kata pepatah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Jika si dia ingin kembali semula kepada kamu, itu satu perkembangan yang baik dan sekurang-kurangnya si dia memberi kamu peluang untuk menebus kembali kesilapan yang kamu lakukan terhadapnya dahulu. Bagaimana pula jika si dia tidak mahu mengikat kembali hubungan yang putus itu? Si dia serik dengan apa yang telah kamu lakukan terhadapnya dan mungkin akan mencari peluang ini untuk mencari orang yang benar-benar memahami dirinya dan yang pastinya akan lebih menghargai si dia dari kamu. Bagaimana pula dengan kamu? Hidup kamu bagaikan samapn yang terumbang- ambing tanpa pendayung di tengah lautan. Kesedaran betapa pentingnya cinta dalam hidup seseorang itu perlu hadir dalam diri seseorang sebelum seseorang itu ingin menyintai atau di cintai oleh seseorang. Oleh itu, sebelum kita ingin menjalinkan perhubungan secara serius dengan seseorang itu, kita perlu bersedia dengan pelbagai persoalan.

i) Adakah kita sudah bersedia untuk menjalinkan perhubungan yang serius dengan si dia?

ii) Adakah kamu bersedia untuk setiap permasalahan yang akan terbit apabila menyintai si dia?

iii) Adakah kamu sanggup berkongsi masalah dengan si dia?

iv) Adakah kamu menyintai dirinya atau ada perkara lain yang mempengaruhi kamu untuk menyintai si dia? Mungkin kerana harta!

v) Adakah kamu menyintai si dia kerana kecantikan hatinya atau kecantikan dirinya?

vi) Adakah kamu sanggup menerima si dia andainya si dia tidak sempurna dari segi zahir? Mungkin si dia cacat/tidak seperti apa yang kamu mahukan!

vii) Adakah kamu bersungguh-sungguh menyintai si dia dan ingin memiliki si dia tanpa sebarang perasaan ragu-ragu?

*** Apa ertinya suatu hubungan tanpa kasih sayang. ***

Namun begitu cinta..........

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.




*kepada insan2 yg mda belia remaja...sdr lah..bercinta tdklah indah seperti mimpi n cerita-cerita dogeng dahulu kala yang mana cinta senantiasa indah...sdrlah dn bngkitlah dri tdur mu...ingtlah..cnta tnpa ikatan yg sah tdk mmbawa ap2 kebhgian yg abadi melainkan tlah teriktnya jnji yg tlh dlafazkn melalui ijab dn kabul...

0 komentar: